I'm thE oWner .:: SeCaNgKir MaDu ::.

Photobucket Photobucket

.::MeNU: MAKe iT eAsY::.

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK PENGAJARAN


Sesetengah daripada golongan pendidik menganggap bahawa istilah pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran adalah mempunyai definisi yang sama sahaja walaupun pada hakikatnya konsep bagi setiap istilah -istilah itu adalah berbeza sama sekali. Bagi seseorang yang bergelar guru, sukar untuk membezakan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran.
            Konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Seseorang pendidik perlulah jelas dengan konsep keempat-empat istilah tersebut sepaya mereka tidak tersalah erti dan silap dalam merancang rancangan pengajaran harian yang menyebabkan objektif pembelajaran yang hendak dicapai tidak berjaya disempurna kan. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat -empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru supaya ilmu pedagogi yang dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah dan seterusnya dapat melaksanakan proses Pembelajaran dan pengajararan dengan sempurna.

KONSEP STRATEGI
            
Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga memberi erti kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Menurut Mok Soon Sang di dalam bukunya Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran (2010), dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan.
            Secara amnya, strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur. Oleh itu, konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Maka, di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut :
  •      Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran
  •     Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan.
  •   Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran

            Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan strategi penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.   

  •            PENGGABUNGJALINAN

KONSEP
            Mengikut Buku Panduan Am Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), penggabungjalinan ialah suatu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.Strategi ini perlu bagi mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat.
            Dalam konteks KBSR, kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran atau kemahiran dari beberapa mata pelajaran. Sebagai contoh, strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah digunakan untuk menggabungjalinkan beberapa kemahiran asas seperi mendengar, bertutur, membaca, menulis. Penggabungjalinan ini perlu supaya pembelajaran berlaku secara bersepadu dan menyeluruh dalam sesuatu waktu pelajaran bahasa.   

RASIONAL
        Melalui proses penggabungjalinan, beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak. Selain itu, berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran lain. Melalui program terpadu ini, satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat diciptakan. Ia juga dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Di samping itu, ia membolehkan kemahiran-kemahiran saling kukuh- memperkukuh dan dapat diterapkan antara satu sama lain.
Contoh penggabungjalinan kemahiran asas

Cara ini juga menyediakan peluang-peluang menggunakan bahasa secara semula jadi, dan bukan hanya setakat mengamalkannya. Ia juga berupaya mewujudkan berbagai-bagai aktiviti kerja kumpulan, dengan ini dapat melibatkan lebih ramai pelajar. Pelajar-pelajar diandaikan boleh belajar lebih baik kerana mereka berpeluang melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang terdiri daripada satu kemahiran. Strategi penggabungjalinan juga mampu untuk menjadi alat pengukuhan kepada kemahiran yang diperoleh daripada mata pelajaran lain.Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia mampu menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang,harmonis dan bersepadu selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ciri-ciri Penggabungjalinan
          Penggabungjalinan merupakan intergrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.Proses penggabungjalinan berlaku antara kemahiran yang berkaitan dengan secara bersepadu serta menyeluruh. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah dipelbagaikan dengan cara yang menarik. Antara berbagai-bagai kemahiran yang digabungjalinkan, salah satu kemahiran merupakan fokus, iaitu kemahiran utama, dan kemahiran-kemahiran lain merupakan kemahiran sampingan. Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran yang digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Bagaimanapun, kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih. Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan melalui strategi penggabungjalinan adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Contoh Penggabungjalinan
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada dua:
  • I       Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran
  •      Penggabungjalinan kemahiran dari beberapa mata pelajaran

                         Penggabungjalinan Kemahiran Dalam Satu Mata Pelajaran

K1 : Kem. mendengar
K2 : Kem. bertutur
K3 : Kem. membaca
K4 : Kem. menulis
      

       Dalam pengajaran bahasa, empat kemahiran ini sering dijalankan dalam kelas sama ada digabungkan beberapa kemahiran atau kesemuanya sekali dalam satu-satu pengajaran tertentu. 

  • Penggabungjalinan Kemahiran Daripada Beberapa Mata Pelajaran Dalam Satu Pelajaran
               Strategi jenis ini melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam satu mata pelajaran. Sebagai contohnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik di mana kemahiran bahasa sebagai kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik sebagai kemahiran sampingan.
K.B : K. Bahasa
K.M : K. Muzik
K.S : Pend. Seni


Contoh Penggabungjalinan:
                 Sebagai contohnya, seorang guru ingin mengajar bahasa dengan tajuk ‘kawan saya’ di mana kemahiran bahasa yang  boleh diterapkan ialah dengan cara bercerita, membaca, atau menulis mengenai kawan saya. Kemahiran seni yang boleh digabungjalinkan pula mungkin dalam bentuk melukis gamabar kawan saya atau mewarnakannya begitu juga dengan kemahiran muzik, guru boleh mempelbagaikan dan menggabungjalinkan pengajaran dengan cara menyanyikan lagu mengenai ‘kawan saya’ dengan tujuan untuk mengukuhkan perbendaharaan kata yang digunakan dalam petikan lagu.

  • PENYERAPAN
KONSEP
            Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.   Oleh itu, konsep penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kemahiran berfikir dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ia juga merupakan strategi penyatuan isi pengetahuan dari satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran lain.
                        Penyerapan ini boleh dijalankan di dalam mana-mana kemahiran atau aktiviti bahasa. Biasanya di dalam sesuatu pelajaran bahasa, terutama pada tahap satu, penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Sebagai contoh, guru mengajar dengan menggunakan isi daripada mata pelajaran Sains dan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran bahasa, pendidikan seni dan muzik. Penyerapan ini berlaku ketika kemahiran-kemahiran ini digabungjalinkan menjadi satu pengajaran yang bersepadu.

Contoh Penyerapan unsur-unsur Sains dan Kajian Tempatan dalam Bahasa Malaysia KBSR Tahap 1
Rasional Penyerapan
            Melalui proses penyerapan dalam aktiviti pembelajaran, murid dapat memperolehi ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai mata pelajaran. Selain itu, strategi penyerapan membolehkan murid menguasai teknik mengintegrasikan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dan berguna. Dengan adanya penyerapan aktiviti pembelajaran dapat dipelbagaikan. Di samping aktiviti pembelajaran bahasa, aktiviti sokongan pula dapat dijalankan dengan menyerapkan unsur-unsur Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Muzik dalam program pelajaran bahasa.
            Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan yang utama ialah mengembangkan potensi pelajaran secara menyeluruh dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Proses penyerapan nilai-nilai murni dalam berbagai-bagai mata pelajaran KBSR akan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi serta berakhlak mulia. Penggunaan strategi penyerapan ini adalah sejajar dengan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.

Ciri-ciri Penyerapan
            Strategi penyerapan mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada pelbagai mata pelajaran. Unsur-unsur ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran ini diintegrasikan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran. Bilangan mata pelajaran yang digunakan bersifat fleksibel, iaitu tidak ditetapkan tetapi bergantung kepada keperluan guru dalam pengajaran bahasa. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih. Proses penyerapan juga boleh berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti kemahiran membaca, menulis, dan mengira.


Contoh Penyerapan
            Penyerapan boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai cara seperti menyerapkan unsur-unsur isi kandungan daripada berbagai-bagai mata pelajaran dalam pelajaran kemahiran-kemahiran bahasa Malaysia. Selain itu, penyerapan juga berlaku dengan menyerapkan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran dalam satu mata pelajaran. Di samping itu, ia juga boleh dengan menyerapkan isi kandungan beberapa mata pelajaran kepada satu mata pelajaran lain dan ia juga boleh dalam penyerapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur-unsur isi kandungan daripada beberapa mata pelajaran dalams atu mata pelajaran lain. 

Contoh Penyerapan Ilmu Pengetahuan Mata Pelajaran dalam Bahasa

1. Kem. muzik
2. Kem. bahasa
3. Kem. Pend. Seni
4. Penyerapan ilmu pengetahuan

Contoh Penggabungjalinan Kemahiran dan Penyerapan Isi Pengetahuan
           
Di dalam rajah ini, berlaku penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran bahasa dengan kemahiran muzik dan kemahiran pendidikan seni. Tiga kemahiran ini digabungjalinkan mungkin dengan aktiviti menulis, membaca, mendengar, bertutur, melukis dan menyanyi dan secara tidak langsung ketiga-tiga kemahiran ini diterapkan pula dengan isi pengetahuan atau unsur daripada mata pelajaran lain sebagai tajuk pengajaran bahasa. Walaupun begitu, komponen utama pengajaran bahasa tidak lari dari objektif utama, malah ia menambahkan lagi pengetahuan dari unsur mata pelajaran lain. Dengan itu, pengajaran berlaku dengan lebih kondusif dan bersepadu.

Sumber: 
Abd .Aziz Abd.Talib.(2000).PEDAGOGI BAHASA MELAYU Prinsip, Kaedah,dan Teknik.Utusan Publications & Distributors SDN.BHD.





8 comments:

  1. hahaha ni dia kak Atie

    ReplyDelete
  2. syabas ats usaha anda..t.ksh

    ReplyDelete
  3. perkongsian ilmu yang baik..halalkn ilmu y sy pjm n ambil utk bt pmhmn tugsn pntg ye..^^

    ReplyDelete
  4. Thaks ye kak~ :) sangat bermanfaat blog akak ni. btw,asl lagu jiwang? hehe. xnak letak lagu nasyid ke ape kan best. :) sorry ea? nak follow tapi xde blog,sorry akak. :) trimas bebanyak ea?

    ReplyDelete
  5. terima kasih, sangat menarik dan bermanfaat, teruskan usaha dan semoga menjadi seorang guru yang cemerlang, :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...Warahmatullahiwabarakatus!!!!

    Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan 4 elemen tersebut terdapat dalam blog Cikgu Nurul. Semoga ilmu yang berguna ini diberkati dan dapat diperluaskan dan diperkembangkan lagi kepada insan-insan yang dahagakan ilmu. Terima kasih. Drpd: SI Kuching, Sarawak.

    ReplyDelete